“
Kita akan lakukannya, secara pantas dan senyap. Hanya yang berbadan kecil
sahaja yang boleh pergi kali ini.”, kata Luraz. Ternyata, dia mempunyai
strategi yang tersendiri. Strategi yang hebat, yang mungkin menggegarkan dunia.
Strategi yang hebat hanya boleh dilakukan oleh orang yang hebat sahaja, seperti
dia dan Nafri Z.
Hanya mereka ynag berbadan kecil
sahaja yang boleh melakukan sesuatu perkara dengan pantas dan senyap. Ya, itu
kelebihan yang ada pada mereka yang berbadan genit dan kecil, pantas dan
senyap. Pengalaman lampau mengajar Luraz, kerana dahulu ada rakannya dahulu
yang heavyweight, yang telah
‘terkantoi’ kerana pergerakannya yang sangat lambat. Hal itu menyebabkan dirinya
ditangkap, tetapi tidak bagi Luraz. Dia terselamat.
“ Kita akan melakukan style pergerakan ‘Hashashin’. Pantas dan
senyap. Sebab itulah aku memilih ahli-ahli kita yang berbadan kecil untuk misi
kali ini. Ini bukan misi main-main.”
Harinya pun tiba. Luraz, Nafri Z dan
beberapa orang ahli yang menyertai misi rahsia lagi sulit ini bersedia untuk
menggempur Baitulmal, tempat segala harta tersimpan. Bukan menggempur
sebenarnya, tetapi menyelinap dan memecah masuk, yang penting secara rahsia.
Dengan segala kecanggihan yang ada dan penciptaan teknologi-teknologi pelik
yang dicipta oleh ahli gerakan tersebut, tidak mustahil untuk melakukan sesuatu
perkara yang luar biasa.
Setelah memanjat bumbung Baitulmal
menggunakan alat khas yang digunakan untuk memanjat, dan aku yakin tiada alat
seperti itu dicipta oleh orang lain pada zaman itu, maka ditebuknya lubang
Baitulmal tersebut oleh Nafri Z menggunakan alat khas untuk menebuk dan
menggali. Seluruh bangunan Baitulmal tersebut diperbuat daripada tanah liat
kerana zaman tersebut memang menggunakan tanah liat untuk membina bangunan dan
rumah. Alat kahs itu dicipta oleh seorang jurutera elit lagi terlatih iaitu Ir.
Fi’ar. Ir Fi’ar juga merupakan salah seorang ahli gerakan rahsia ini, ahli
yang genius juga. Kebanyakan alat-alat pelik pada zaman itu dicipta olehnya,
termasuk ‘Telenia’. Lubang itu sangat kecil, sangat kecil untuk dimasuki oleh
manusia yang bersaiz sederhana.
Semuanya berjalan lancar, dengan
kemudahan pelbagai alat ‘pelik’ dan pelan yang telah dilukiskan oleh aku, maka
semuanya berjalan lancar dan ‘Telenia’ akhirnya berjaya kami rampas semula.
Terdapat juga beberapa harta yang telah dirampas oleh pihak empayar yang kejam,
juga telah kami rampas semula dan akan diagihkan kepada fakir miskin yang ada
dalam Kerajaan Akar Tunjang. Walaupun tindakan ini seperti Robin Hood, tetapi
perlu juga diagihkan kerana nak mengharapkan pihak Empayar Dua Dunia, takkan
dibuat. Juga untuk mengaburi mata pihak empayar di mana mungkin harta itu
dicuri oleh golongan-golongan perompak miskin. Ya, bajet-bajet pancing. Hmmmm,
begitulah.
Setelah itu, lubang yang digali
semasa memecah masuk tadi ditampal semula dengan tanah liat khas yang mampu
mengeras selama 2 jam, lebih cepat berbanding tanah liat biasa yang mampu
mengeras selama 24 jam. Itu juga direka oleh Fi’ar.
Kuasa Tuhan, setelah kepulangan
mereka, tak sampai 15 minit, hujat lebat turun membasahi bumi Kerajaan Akar
Tunjang. Hujan yang sudah lama menyepi, hari itu kau menangis juga wahai sang
awan.
0 comments:
Post a Comment