Sunday, 2 August 2015

Hikayat Empayar Dua Dunia : BAB 12 : PANCING YANG MENJADI (Walaupun Tak Berapa Jadi)

Seperti ribut, berita tentang pencerobohan Baitulmal tersebar luas. Bermula dengan kekecohan yang berlaku dalam Pusat Pentadbiran Empayar Dua Dunia, terus tersebar luas sehingga seluruh tanah jajahan empayar mengetahui perkara tersebut. Perkara tersebut terbongkar apabila terdapat lubang pada atap Baitulmal dan kesan tanah liat yang basah di atas lantai.
            Perkara ini tersebar sehingga diketahui oleh Gabenor Kerajaan Atas Awan, Emize’ al- Uthmani, menyebabkan gabenor teringin untuk menyiasat perkara ini, menyiasat dalam kalangan rakyat Kerajaan Atas Awan sahaja lah. Bukan sebab apa, Cuma takut-takut, ada rakyat Atas Awan yang menyertai kumpulan itu juga. Gabenor Emize’ al- Uthmani juga bukan suka sangat dengan pemerintahan Khalifah Dua Dunia. Kadangkala meluat juga. Siapa tak meluat? Jadi rakyat Empayar Dua Dunia dulu, baru tahu langit itu tinggi atau rendah. Ada sahaja yang menyertainya (shhh).
            “Pihak Empayar Dua Dunia mengarahkan kepada sesiapa yang mengetahui tentang Gerakan Sahabat Bersatu, maka hendaklah melaporkannya kepada pihak empayar. Hadiah yang lumayan akan diberikan.”, kata salah seorang tentera yang menyampaikan perutusan Khalifah yang berupa kertas gulung capuk di atas pentas khas, betul-betul di tengah-tengah kesibukan pasar awam yang sudah tentunya dikunjungi ramai rakyat jelata yang menginginkan ikan segar seperti ikan paus. Kenyang tu beb!
            Lalu, penggeledahan demi penggeledahan, pencarian demi pencarian dilakukan. Rumah yang jika paginya sudah dikemas, pasti bersepah apabila petangnya. Itulah yang cilakanya (maaf) tentera Empayar Dua Dunia ini, tiada disiplin dan malas! Sudah menggeledah sana sini tidak dikemas semula. Confirm, ramai lah yang memaki hamun mereka secara senyap atau belakang-belakang, kerana takut ditangkap atas kesalahan mengkhianat Empayar. Mereka terus mencari klu atau petunjuk tentang gerakan yang diharamkan ini. Namun, tiada bukti atau tanda-tanda yang dijumpai berkaitan gerakan rahsia ini. Dah nama pun rahsia, mestilah susah nak jumpa! Sebenarnya, puas juga kami berlindung di dalam ‘Bilik Bedah’ yang menjadi markas rahsia yang keberapa aku pun tidak tahu. Bukan bermakna ‘Bilik Bedah’ itu bilik membedah orang atau apa-apa sahajalah, tetapi membedah ilmu, membedah strategi.
            Jika lapar, ada diantara kami yang pandai menyamar (camouflage) di tengah-tengah kesibukan pasar awam untuk membeli makanan seperti roti mahal dan lain-lain. Ini semua dipelajari taktiknya oleh kami dan dihadamkan dari gerakan pembunuh upahan Parsi yang bernama ‘Hashashin’. Sungguh hebat. Tak percaya, pergi cari di perpustakaan.
            Akhirnya, pihak Empayar Dua Dunia terpaksa mengakui kehebatan penyamaran dan perlindungan kami (ceh…). Mereka akhirnya telah berputus asa untuk mencari ahli-ahli Gerakan Sahabat Bersatu kerana dipercayai di saat-saat akhir, ada ura-ura mengatakan bahawa gerakan ini sebenarnya tidak wujud pun. Mereka hanya membuang masa sahaja mencari di sana sini. Tetapi tidak bagi Khalifah dan barisan pentadbirannya. Bodoh itu bukan pada mereka tetapi cukuplah untuk para tenteranya sahaja. Kebiasaannya, Ahli Majlis Tertinggi inilah yang sukar untuk mengalah. Benar kata Ibn Al-Khaiyr, seorang penyair Empayar Dua Dunia yang terkenal, merupakan ahli rahsia gerakan ini. Kata beliau:
                                                                                                             
            “ Biarlah mereka kalah dahulu,

Kerana mengalah itu, bukanlah mereka.”

0 comments:

Post a Comment

G-Dragon - Crayon [Official Instrumental]


Powered by mp3ye.eu