Wednesday, 3 June 2015

Hikayat Empayar Dua Dunia : BAB 2 : AKU, AKU IALAH AKU. (Kau Tiada Kaitan Dalam Hidup Aku)

Aku cuma seorang manusia biasa yang hidup di bawah pemerintahan Kerajaan Atas Awan. Aku dahulunya berjaya ditawan oleh sekumpulan tentera, aku yakin mereka itu juga direkrut oleh pemerintah dan tentera sebelum mereka. Aku dahulunya kalah dalam peperangan besar iaitu dikenali sebagai SPM, juga maksudnya ialah Perang (S)alib (P)un (M)enjelma, lalu ditawan oleh sekumpulan tentera, dan aku yakin tentera itu dari Kerajaan Atas Awan. Aku pada mulanya berasa amat tenang dengan layanan yang diberikan. Diberi makan, diberi minum, diberi tempat tidur dan pelbagai nikmat lagi yang aku rasai, tetapi masih tidak setanding dengan nikmat Tuhan.

            Seringkali, aku dinasihati oleh seorang tentera atasan, yang dahulunya juga direkrut, yang juga telah lama aku kenali, cukup aku kenali. Runia, seorang komando yang pakar dalam selok-belok Kerajaan Atas Awan dan dia juga pernah menjadi perisik untuk membongkarkan rahsia-rahsia Empayar Dua Dunia. Anak-anak buahnya (mata-matanya) juga ramai, maka tidak hairanlah dia boleh mendapatkan pelbagai rahsia dengan mudah.

            “Kau, tak payahlah nak dengar-dengar sangat propaganda tu, buang masa saja.”, kata Runia.

            “Baiklah kalau begitu, Staff Sergeant!!”, aku tetap menghormatinya kerana pangkatnya yang lebih tinggi, walaupun kami sudah lama berkenalan. Baiklah, itu mengarut. Jujur aku katakan, aku tak pernah cakap macam tu. Cuma nak menyedapkan cerita sahaja.

            Tetapi hubungan persahabatan aku dan dia memang benar. Jujur ianya benar. Kini,aku hidup di bawah naungan Kerajaan Atas Awan, dinaungi oleh seorang Gabenor Kerajaan, Gabenor Emize' namanya. Seorang Gabenor yang zuhud sikapnya, sifatnya. Dia ialah seorang pemimpin yang baik, baik memimpin kerajaan ini, di mana segala kejayaan yang dikecapi oleh kerajaan ini, dalam zaman pemerintahannya.

            Aku, aku suka hidup di bawah pemerintahan ini. Biarpun mereka amat baik, tetapi, janganlah cuba mencabar amarah mereka. Jangan…. Mati kau. Maut menanti jika kita mencabar mereka. Mungkin paling lembut pun, mesti diberikan borang K14, satu borang yang amat menakutkan juga, bagi segelintir orang. Borang itu ialah Borang Permohonan Keluar Kerajaan. Erti kata lain, dibuang kerajaan dengan cara yang baik.

            Kehidupan aku sehari-hari seperti kebanyakan rakyat lain di sini. Bangun subuh tiap-tiap pagi awal, kadang-kadang lambat sedikit. Kadangkala itu, terlajak. Itupun tidak sengaja. Seperti manusia lain, aku bukanlah seperti manusia hebat yang mempunyai kuasa besar seperti Iskandar Zulkarnain. Tidak. Aku manusia biasa. Aku tidak mempunyai kelebihan apa-apa. Mungkin, itu punca kekalahan aku dahulu, maksud aku dalam peperangan sebelum ini. Aku kalah dalam peperangan sebelum ini. Jujur, jenis hidup apakah yang telah aku lalui sebelum ini? Aku separuh yakin, mungkin ianya akan berulang.

            Namun, kehidupan di bawah pemerintahan Kerajaan Atas Awan ini sangat aman, tetapi masih terikat dengan janji bai’ah yang telah dipersetujui dengan Empayar Dua Dunia, Empayar yang boleh dikatakan kuku besi, tidaklah sangat. Ada juga kekurangannya. Ada satu peristiwa. Aku tidak tersangkut dalam peristiwa ini. Cuma dengar-dengar sahaja. Kes kehilangan baju besi milik salah seorang rakyat Empayar Dua Dunia. Sudah 3 pasang baju besi miliknya hilang. Bukan hilang pun sebenarnya.

            “Tuan, baju besi milik saya sudah hilang, kalau satu pasang boleh tahan lagi. Ini sudah 3 pasang, saya tidak boleh berdiam. Macam mana saya nak berlatih dalam latihan peperangan kalau baju itu tiada? Saya yakin ianya dicuri!”, lapor orang itu kepada Khalifah tertinggi Empayar Dua Dunia.

            Semua orang panas hati apabila mendengar berita pem ‘barua’ an itu. Barua. Sungguh barua. Bukan dicuri sebenarnya. Cuma dipinjam. Habis kecoh satu empayar. Seorang demi seorang dipanggil menghadap Khalifah dan barisan kepimpinan Empayar Dua Dunia yang lain. Habis. Disiasat dari sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecil perkara. Ya, memang benar kata penduduk empayar, memang dipinjam. Bukannya dicuri seperti yang diberitahu oleh barua tersebut.


            Bagi aku, kes itu sungguh bodoh, menampakkan kebodohan semua orang. Bodoh dan dungu mereka yang suka mengadu domba tanpa usul periksa, dan bodoh dan dungu juga mereka yang suka membesar-besarkan perkara yang kecil. Itulah hakikat Empayar Dua Dunia ini. Itulah kekejaman yang aku maksudkan. Sangat bodoh.

0 comments:

Post a Comment

G-Dragon - Crayon [Official Instrumental]


Powered by mp3ye.eu