Friday, 5 June 2015

Hikayat Empayar Dua Dunia : BAB 4 : CINTA TERLARANG, ANTARA DUA DARJAT (Bunga-Bunga Cinta Layu Di Pusara) -Part 1-

Dalam sesebuah kerajaan, tidak sah jika tiada kisah-kisah romantik persis kisah agung lagi suci Adam dan Hawa, Rumi dan Juli, Shah Jahan dan Mumtaz Mahal dan banyak lagi (jika dinyatakan semuanya, maka tidak habis, malah membazir kertas sahaja). Dalam Kerajaan Atas Awan ini, banyak sahaja cerita hikayat-hikayat cinta, cinta terlarang. Cinta terlarang antara dua darjat. Hah. Kisah ini tentang seorang petani yang biasa-biasa dari Negeri Nang Bertinang tetapi telah menawan hati salah seorang tuan tanah (baron) wanita, yang sudah tentunya kaya-raya dari Negeri Koi Bertikoi, kerana telah berjaya membuat formula bagaimana untuk membenihkan awan supaya menjadi lebih banyak. Untuk kerajaan ini kekal terapung katanya. Hendak dibandingkan dengan darjat mereka, seperti meletakkan batu dan emas bersebelahan. Tak padan! Wanita tersebut memiliki seekor kuda emas yang sangat gah (gah la sangat), tetapi tidak boleh dan tidak setanding dengan seekor kuda terbang yang dikenali sebagai ‘Buroq’ hijau milik kesatria agung Kerajaan Atas Awan yang baru sahaja diberi pengiktirafan, diberi satu anugerah perkhidmatan cemerlang oleh Khalifah Empayar Dua Dunia.

            Tetapi, bukan hikayat itu yang ingin diceritakan, kita kembali kepada hikayat baron dengan petani bawahan tersebut. Mungkin bagi mereka, cinta mereka direstui Tuhan. Andai kata Khalifah atau Gabenor dapat tahu tentang perkara ini, matilah mereka. Mereka mengadakan hubungan terlarang (bukan seperti yang kau fikirkan tu) itu secara diam-diam. Ramai yang tidak tahu pada permulaannya. Sebenarnya, petani tersebut juga telah bercinta dengan seorang hamba abdi perempuan yang bekerja dengan tuan tanah yang lain. Itulah ‘topeng’nya. Kisah itu berjaya disorok dengan cerita kisah cintanya dengan hamba abdi mukminah tersebut. Jadi, tidak perlu mereka risau andai kata mereka terkantoi, jadi tiada masalah. Tuhan sahaja yang tahu.

            Tetapi, Tuhan pun rasa aku tidak sanggup untuk membiarkan mereka begitu. Akhirnya, hubungan mereka terbongkar jua. Terbongkar dengan hasil risikan komando pakar yang aku sebutkan sebelum ini. Perkara ini dibawa kepada Gabenor Kerajaan Atas Awan untuk tindakan selanjutnya. Pada mulanya, Gabenor Emize’ al-Uthmani tidak percaya dengan berita tersebut. Mana mungkin, dengan bermodalkan pangkat mereka yang ternyata berbeda, mereka boleh menjalinkan hubungan rahsia lagi sulit itu. Disebabkan oleh sifat zuhud yang dimiliki oleh gabenor, maka dibiarkan dahulu cerita itu.


0 comments:

Post a Comment

G-Dragon - Crayon [Official Instrumental]


Powered by mp3ye.eu