Saturday, 13 June 2015

Hikayat Empayar Dua Dunia : BAB 10 : RANCANGAN SEKADAR PANCING (Pancing Yang Benar, Bukan Cobaan) -Part 1-

Sebuah perancangan perlu dirancang. Eh, maafkan aku, telah dirancang. Sebuah perancangan yang hebat perlu dirancang oleh orang yang hebat juga. Satu perancangan telah dirancang dengan kebijaksanaan Nafri Z, kali ini disertai oleh Luraz, guru yang bertanggungjawab mengasah bakat yang ada pada Nafri Z, iaitu kebijaksanaannya yang dikurniakan oleh Tuhan.

            Pernah satu ketika, gerakan ini ada mencipta satu alat yang sangat canggih. Alat ini boleh digunakan untuk berhubung dengan rakyat Atas Awan. Tujuannya ialah, untuk berhubung dengan rakyat Atas Awan dengan pantas dan cepat. Selama ini, rakyat Empayar Dua Dunia cuma berhubung sesama sendiri dengan menggunakan burung merpati sahaja. Burung merpati yang sangat lambat. Penyampaian utusan menggunakan burung merpati sangat lambat. Sepurnama. Lalu, diciptanya satu alat yang dipanggil ‘Telenia’ (diibaratkan seperti telefon, Telefon Dua Dunia).

            Tetapi, setelah diketahui oleh pihak Empayar Dua Dunia, maka dirampas alat tersebut dan disimpan di dalam satu tempat yang dipanggil Baitulmal. Ciptaan agung itu dirampas kerana dikhuatiri akan menyebabkan penyebaran agenda-agenda jahat untuk menjatuhkan Empayar Dua Dunia.

            Disebabkan alat itu sungguh canggih, jika nak dibandingkan dengan zaman. Sangat canggih. Oleh sebab itulah, Nafri Z dan gerakannya, merancang untuk mengambil kembali dengan apa yang dikatakan sebagai hak mereka yang dipanggil ‘Telenia’ itu. Jadi, rancangannya ialah, ‘Merempuh, menceroboh Baitulmal’.

            Kebiasaannya, harta benda yang dirampas atau cukai yang dibayar oleh kaum muslim yang membayar tambahan 5 syel untuk sebuku roti, akan disimpan di satu tempat yang dipanggil Baitulmal di mana ianya akan diagih-agihkan. Ya, harta rampasan dan cukai yang sepatutnya diharamkan kaum muslim membayarnya, diagih-agihkan kepada asnaf-asnaf terpilih. Tetapi, tak mungkin ‘Telenia’ itu ingin diagih-agihkan. Eh, diagih-agihkan? Ah, tak mungkin. Aku yakin tak mungkin…

            Pancing semua tu. Confirm, mereka mesti nak kaji alat ajaib tersebut. Alat yang pelik kalau nak dibandingkan dengan zaman. Yang boleh menghubungkan dua dunia dengan sungguh pantas. Satu teknologi yang boleh mengubah nasib kerajaan kembar, iaitu Kerajaan Atas Awan dan Akar Tunjang.

            “Abang, boleh abang gambarkan pelan dalaman Baitulmal tersebut? Setahu saya, abang sahaja yang pernah masuk ke dalam Baitulmal tersebut.”, kata Nafri Z kepada aku.

            Ya, bukan calang-calang orang boleh masuk, tetapi, secedoi-cedoi aku pun pernah lah juga masuk ke dalam Baitulmal tersebut. Itupun secara kebetulan. Kebetulan, kerana aku dahulu pernah memohon untuk menyertai pasukan pengawal Baitulmal kerana dengarnya banyak gaji yang boleh aku dapati jika bekerja di situ. Yalah, ‘Rumah Harta’ lah katakan, tetapi setelah itu aku menarik diri.


            Lalu, aku pun melukiskan pelan yang diminta oleh Nafri Z, iaitu pelan dalaman Baitulmal tersebut. Sejauh mana yang aku ingat, itu yang aku lukiskan, tetapi aku rasa aku ingat semuanya. Kami dahulu diarahkan untuk menghafal setiap pintu dan laluan dalam Baitulmal tersebut dengan terperinci, supaya tidak melakukan kesilapan semasa bekerja.

0 comments:

Post a Comment

G-Dragon - Crayon [Official Instrumental]


Powered by mp3ye.eu