Idea-ideanya
(Nafri Z) telah membuahkan hasil apabila kali pertama membuat perjumpaan
terbuka ahli-ahli tertinggi Persatuan Sahabat Bersatu yang dikecam oleh barisan
pentadbir Empayar Dua Dunia. Nama Gerakan Sahabat Bersatu ini seringkali
menjadi kerisauan pihak empayar kerana seringkali juga mempunyai cubaan untuk
melakukan gerakan ‘reformis’ yang seakan-akan benar, tetapi sekadar pancing
sahaja.
Kadangkala, perjumpaan itu untuk
berborak-borak kosong sahaja, tetapi berilmu, bukan sekadar kosong, cuma tidak
terlalu berfikir untuk merancangkan strategi-strategi untuk melakukan aksi-aksi
yang radikal. Kadangkala sahaja. Tetapi, itu yang merisaukan pihak empayar,
yang menganggap perjumpaan itu satu rancangan untuk menjatuhkan sistem Khalifah
Empayar Dua Dunia. Nak dilawankan apa pun? Tiada apa yang ‘panas’ buat masa itu.
Adalah kadangkala menentangnya. Ya, kami ‘Anarkis’ (Undang-undang Tuhan kami
tak tentang). Pernah juga menentang kenaikan harga roti yang menjadi makanan
asasi rakyat Akar Tunjang. Naik 5 syel
(5 sen). Sungguh seksa. Bagi kami, rakyat Akar Tunjang, 5 syel tu tiada apalah sangat nilainya, tiada gunanya pun. Kalau nak
naikkan pun, naikkanlah 10 syel
terus, kan senang.
Kami menentang dengan cara yang
boleh dikatakan radikal juga. Itu dahulu. Sekarang kita guna satu benda yang
dipanggil ‘akal’. Nak join team ni,
tak perlu bawa kertas, risalah-risalah panjang, bawa Hikayat Amir Hamzah lah.
Ah, tak perlu, tak perlu. Bawa idea sahaja.
“ Nak perang, tak bawa pedang pun
tidak mengapa, bawa akal yang tajam sudah memadai. Tak payah buat berat sangat,
hahahahaha…..”, kata Nafri Z. Ternyata Nafri Z mempunyai akal fikiran yang
lebih hebat daripada orang lain.
Pelbagai strategi telah dicipta dan
dirancang. Semuanya berkaitan dengan strategi penentangan. Bukan calang-calang
strategi, itu semua idea konkrit. Anugerah Tuhan. Tuhan memberikan anugerah
kepada hamba-Nya yang terpilih. Begitu juga Nafri Z. Walaupun aku lebih tua
daripadanya, aku tetap menghormatinya. Aku yakin, sesiapa sahaja yang bertemu
dengannya, maka, aku yakin mereka akan menghormatinya juga. Itulah penangan
aura seseorang yang dianugerahkan oleh Tuhan.
Gerakan ini masih berjalan seperti
biasa. Ada sahaja ugutan-ugutan daripada pihak empayar yang takutkan
kebangkitan semangat anak muda, supaya membubarkan gerakan ini dengan memberi
menampal notis-notis anti gerakan ini di dinding kedai, di tepi jalan dan
sebagainya. Jika tidak dibubarkan gerakan ini, maka ahlinya jika dapat
diberkas, maka hukum bunuhlah jawabnya.
Perkara ini tidak menggentarkan
Nafri Z, yang sememangnya tidak gentar dengan apa-apa pun, kecuali Tuhan. Lalu
sepucuk surat telah ditulis kepada Khalifah Empayar Dua Dunia, Nafri Z menulis
surat tersebut dengan yakin, lebih penting sambil tersenyum.
Aku
tidak gentar dengan apa jua ugutan. Mungkin kami akan membubarkan gerakan ini.
Ya, mungkin. Mungkin setelah pihak empayar menghentikan segala kekejaman dan
kezaliman yang dilakukan ke atas tanah jajahan. Selagi kezaliman berlaku, aku
dan rakan-rakanku akan terus menentang. Ingat, jika pihak empayar membubarkan
gerakan ini, maka ingatlah, semangat kami tidak akan pernah luntur. Tidak akan.
Aku yakin, ramai lagi yang akan menyebelahi kami walaupun gerakan ini sudah
dibubarkan. Juga ingat, kami menentang menggunakan akal dan idea yang bernas
dan konkrit serta tajam, bukan guna pedang. Takut-takut, dengan gaya kami,
pihak empayar akan gila. Aku jamin!
Kami yang berjuang,
Nafri Z.
0 comments:
Post a Comment