Semakin
hari, semakin kecoh hikayat petani dan tuan tanah itu. Sering meniti dari bibir
ke bibir insan yang hidup di bawah pemerintahan Kerajaan Atas Awan. Itupun
nasib baik tidak diketahui oleh kerajaan-kerajaan lain seperti Kerajaan Akar
Tunjang. Lagi teruk jika diketahui oleh pemerintah tertinggi Khalifah Empayar
Dua Dunia. Teruk jika diketahui. Mungkin akan dihulur ‘magis’ sumpahan atau
warkah ajaib yang pelbagai warna itu. Maut. Tetapi, masih lagi boleh disimpan
rahsia itu, selama mana itu tidak tahu. Masih lagi tersimpan rapi. Hanya
diketahui oleh rakyat negeri berkembar, Negeri Nang Bertinang dan Negeri Koi
Bertikoi sahaja.
Pada suatu hari, suatu pagi yang menyenangkan,
Tuan Gabenor Emize’ al-Uthmani
menyamar menjadi rakyat biasa. Kebiasaannya begitulah, dia menyamar menjadi
rakyat biasa-biasa supaya dapat melihat sendiri tindak-tanduk rakyatnya dengan
lebih dekat, tanpa mengetahui bahawa itu ialah Gabenor Kerajaan Atas Awan.
Hendak dijadikan cerita, suatu hari, ketika Gabenor baru pulang daripada
membeli perut ikan paus di pasar, yang sememangnya perut ikan paus itu adalah
kegemarannya. Dia teringin hendak menyinggah dan melihat sendiri apa yang
dikisahkan oleh komando yang menyiasat perkara itu. Sesampainya di rumah tuan
tanah itu, walaupun terlewat sedikit kerana tiada kecanggihan GPS System, asyik tersesat dan tersalah
rumah, akhirnya sampai juga ke rumah itu.
Tiba-tiba, ternampaklah segala
perlakuan antara petani bawahan tersebut dengan tuan tanah wanita tersebut
(bukan perlakuan yang selalu kau bayangkan tu). Maksudnya, bukan perlakuan yang
berunsur porno atau apa saja yang kau
fikirkan. Cuma ternampak mereka berdua-duaan. Silap apabila Gabenor telah
mengetahui perkara ini, memang silap. Lalu, Gabenor mengutuskan surat kepada
salah seorang barisan pentadbirannya, yang berbunyi :
“Apakah
yang dilakukan mereka berdua? Mereka berdua-duaan di tempat yang tiada orang,
boleh menimbulkan fitnah. Jadi apa kita hendak lakukan?”
Lalu surat itu pun diutus
menggunakan burung merpati tua yang sudah lama berkhidmat dengan Gabenor
tersebut. Nampak seperti Gabenor membisikkan sesuatu kepada burung tersebut sebelum
burung tersebut beredar. Mungkin memberitahu tentang koordinat kedudukan rumah
salah seorang pentadbir tersebut. Maka, berlalulah sepurnama. Maka dijawabnya
begini oleh salah seorang barisan pentadbir Kerajaan Atas Awan :
“Manalah
saya tahu Tuan Gabenor! Cuba Tuan Gabenor menyiasat sendiri perkara tersebut.
Alang-alang Tuan Gabenor sudah berada di situ, kenapa tidak ditegur sahaja?
Barulah kita tahu cerita sebenar.”
Maka, telah diumumkan kepada barisan
pentadbir Kerajaan Atas Awan bahawa akan diadakan mesyuarat rahsia, hanya untuk
membincangkan tentang mereka berdua (petani dan tuan tanah) sahaja. Sungguh
sulit mesyuarat ini. Hanya barisan pentadbir kerajaan sahaja yang mengetahui
perkara ini. Apabila telah sampai waktu tersebut, maka berkumpullah seluruh
barisan kepimpinan Kerajaan Atas Awan di markas rahsia yang terletak di kawasan
yang paling rendah dalam kawasan jajahan Kerajaan Atas Awan. Kawasan yang susah
dan tidak pernah dilawati orang kerana amat payahnya untuk pergi ke sana.
Melainkan dengan ‘magis’ yang dimiliki oleh Gabenor, maka portal antara dimensi
boleh dicipta untuk sampai ke sana.
Seminggu berlalu perbincangan antara
mereka, maka kata putus pun dibuat. Salah seorang Tuan Tanah berdekatan dengan
rumah Tuan Tanah Wanita yang bercinta tersebut, yang juga rakannya, telah
direkrut untuk menjayakan misi ini. Hanya sebagai batu api untuk memujuk Tuan
Tanah Wanita yang bercinta tersebut untuk menjauhkan diri daripada petani hina
tersebut. Jadi, perisik baru tersebut pergi menjalankan tugas. Dihasutnya Tuan
tanah tersebut supaya meninggalkan petani tersebut dengan mengatakan segala
yang buruk tentang petani tersebut. Tetapi ternyata, hati Tuan Tanah tersebut
amat keras. Andai kata dicampakkan batu kepada hati tersebut, maka hancurlah
batu tersebut dek kerasnya hati itu.
Dihamun, dimaki perisik tersebut
oleh Tuan Tanah tersebut kerana mengatakan yang buruk-buruk tentang kekasih
gelapnya, si petani tersebut.
“Apa yang aku buat, semua salah.
Biarlah aku untuk mencintai sesiapa pun. Itu hak aku. Kau tak berhak masuk
campur dalam urusan hidup mati aku! Mulai saat ini, persahabatan kita putus!”,
kata Tuan Tanah tersebut kepada rakannya yang merupakan perisik tersebut.
Tidak salah untuk mencintai sesiapa,
biarpun berbeza darjat, tetapi pakah pandangan orang terhadap mereka? Mereka
perlu mengambil tahu bahawa apa yang mereka lakukan itu boleh menimbulkan
fitnah. Bukankah tidak elok jika meletakkan diri sendiri di dalam kancah fitnah
yang amat dusta?
Maka dilaporkanlah perkara ini
kepada Gabenor Kerajaan Atas Awan. Memang benar persahabatan mereka putus.
Sehingga tidak sanggup bersemuka. Sampai begitu tahapnya. Pernah satu hari,
Gabenor memutuskan untuk menyatukan kembali tali persahabatan yang telah
terjalin antara perisik tadi, dengan Tuan Tanah tersebut, tetapi tidak mendapat
kerjasama daripada Tuan Tanah tersebut. Betul kata orang, cinta itu buta. Eh,
cinta tak buta, tetapi hati yang buta kerana cinta. Disebabkan cinta, darjat
bukan penghalang untuk mereka bersama. Perkara ini mengundang kemarahan Gabenor
Kerajaan Atas Awan dan mungkin akan mengisytiharkan perang terhadap Tuan Tanah
tersebut.
0 comments:
Post a Comment