Thursday, 4 June 2015

Hikayat Empayar Dua Dunia : BAB 3 : KITA HIDUP SEBUMBUNG

Hakikat dalam Kerajaan Atas Awan ini, kami hidup sebumbung. Kami mungkin berbalah, tetapi bukan hari-hari. Kadang-kadang sahaja. Sudah lama aku hidup di bawah kerajaan ini dari masa aku dikutip dahulu sehingga sekarang. Macam-macam aku telah lalui. Kebanyakan rakyat Empayar Dua Dunia yang ditawan ditempatkan di sini. Ya, di rumah khas untuk para banduan, walaupun kami dilayan dengan layanan yang sangat baik, bukan seperti dalam penjara Guantanamo ataupun yang lain-lain, kami diberi layanan ‘5 star’ setiap hari. Diberi makan dan minum secara percuma dan diberi tempat tidur khas juga. Tetapi, kami diajarkan satu perkara. Ya, satu perkara yang melanggar adat dunia Kerajaan Atas Awan, tetapi tetap dilakukan oleh segala makhluk terutamanya yang bernama ‘manusia’.

            “Negara kita akan dikunjungi oleh beberapa orang pemimpin dari pelbagai Empayar besar, 80 orang semuanya. Jadi, saya minta kamu semua menjadi hipokrit sekejap untuk menjaga nama baik Empayar kita. Tunjukkan bahawa Empayar Dua Dunia ini megah, baik di mata orang!”, kata salah seorang barisan kepimpinan Empayar Dua Dunia.

            Ya, aku di sini bersama rakyat tawanan yang lain seperti salah seorang tentera yang direkrut bernama Syahir, dilatih untuk menjadi hipokrit, munafik, bermuka dua, talam dua muka, topeng dan lain-lain lagi. Bukan dengan keinginan kami pun, kalau tak dibuat, maka akan dihulurkan kepada kami warkah yang beraneka warna. Warkah yang disertakan cop mohor rasmi Khalifah Empayar Dua Dunia. Yang aku ingat, warkah yang berwarna kuning. Ada bermacam warna sebenarnya, kuning, hijau, putih. Warkah ini, semua rakyat takut. Siapa yang tak takut? Mungkin yang tak takut itu mereka yang mempunyai semangat jamaah yang kuat. Mungkin. Aku takut, jujur. Mungkin tak, kadangkala. Ibarat ada satu kuasa besar yang dikenali sebagai ‘magis’ yang terdapat pada warkah tersebut yang akan menyebabkan, mungkin, kami akan mati. Mungkin.

            Magis, cerita tentang magis ini berkaitan dengan kami yang hidup di bawah satu langit, satu bumbung, tetapi cuma di atas awan. Kerana itulah kerajaan kami dinamakan Kerajaan Atas Awan. Sekali magis terkena kepada satu orang, seluruh rakyat jelata akan merasai perkara yang sama. Wau! Semua merasa, bahkan kalau ada yang menyorok di sebalik tembok yang tidak boleh ditembusi sinaran radiasi pun, tetap akan terkena magis tersebut. Sangat hebat. Kadangkala magis itu boleh dimusnahkan. Ya, cuma dengan satu kekuatan dalaman yang dipanggil ‘kesatuan’ atau ‘jamaah’ sahaja.


            Ada juga satu perkara yang seringkali dimainkan di bibir-bibir barisan pemerintah Empayar Dua Dunia, sering meniti di bibir-bibir mereka. Berkat. Perkataan maut dalam Empayar Dua Dunia. Permainan ‘berkat-memberkat’ ini sangat bahaya. Bahaya…, hanya dengan keberkatan Khalifah tertinggi, maka pelbagai perkara boleh berlaku. Ia boleh diibaratkan seperti sumpahan dan tulahan. Seorang kena sumpahan, sebumbung merasa. Seksa. Sungguh seksa. Tak kiralah, yang beriman kah, yang munafik kah, yang suci kah, teruk kah, baik kah. Ah, senang cerita, semua kena dan merasa. Itulah falsafah apabila duduk di bawah satu langit, satu bumbung.

0 comments:

Post a Comment

G-Dragon - Crayon [Official Instrumental]


Powered by mp3ye.eu