Pada suatu hari, Kerajaan Atas Awan
dilanda bencana yang maha hebat. Hebatnya bencana ini yang boleh menyebabkan
dua negeri di bawah taklukan Kerajaan Atas Awan iaitu Negeri Nang Bertinang dan
Negeri Koi Bertikoi, mungkin akan musnah, perang besar bakal melanda antara
rakyat kedua-dua negeri ini dengan seluruh kepimpinan pentadbiran Kerajaan Atas
Awan.
Sejarah Kerajaan Atas Awan terselah
apabila melalui zaman kegemilangan apabila Kerajaan Atas Awan di bawah tampuk
pemerintahan Empayar Dua Dunia menang dalam perang dunia di mana meletakkan
nama Empayar Dua Dunia menjadi agung, terkenal, tetapi bukan nama Kerajaan Atas
Awan yang harum. Masih seperti biasa. Ternyata, ahli pentadbiran Kerajaan Atas
Awan sangat zuhud, masih tidak kisah tentang apa yang berlaku. Cuma, jangan
biarkan diri mereka dicabar, confirm,
perang dunia akan meletus.
Itu yang terjadi antara rakyat dan
barisan kepimpinan Kerajaan Atas Awan, kerana masalah yang sering ditimbulkan
oleh rakyat. Masalah rakyat dengan rakyat, rakyat dengan barisan kepimpinan dan
perang dingin yang sering terjadi antara barisan kepimpinan Kerajaan Atas Awan
dan pemerintahan (maksud aku barisan pemerintah) Empayar Dua Dunia. Barisan
pemerintah Empayar Dua Dunia seringkali menekan pihak Kerajaan Atas Awan,
dengan menggunakan alasan retorik lagi klise (cliché), bahawa mereka akan ditawarkan dengan tawaran hebat, lebih
hebat daripada tawaran Y.E.S (Year End
Sale) jika mereka memenangi peperangan demi peperangan. Bukan Kerajaan Atas
Awan selalu tewas, bahkan seringkali juga mencipta nama, dengan memenangi
beberapa siri peperangan besar seperti peperangan STPM, Perang (S)ering
(T)erjadi (P)abila (M)alam dan juga berjaya menawan sekumpulan mereka yang
tewas dalam peperangan SPM, Perang (S)alib (P)un (M)enjelma, setiap tahun,
walaupun terpaksa men ‘syahid’ kan rakyat negeri berkembar tersebut.
Kebenarannya, yang men ‘syahid’ kan
itu ialah rakyat itu sendiri. Mereka yang men ‘syahid’ kan diri mereka. Tidak
tahulah, sama ada mungkin mereka tersalah percaturan semasa peperangan, atau
mungkin mereka tidak mendengar arahan penaung kerajaan, tidak pasti. Yang
penting mereka sudah syahid. Walaupun
mereka syahid, mereka tetap disanjung dan digilai oleh para wanita dalam negeri
berkembar tersebut, atas sebab telah menyumbang dalam kemenangan dalam
peperangan yang besar tersebut. Begitu juga dengan yang menjadi penyumbang
besar dalam kemenangan ini, dia juga telah dilantik oleh Kuasa-Kuasa Besar
Dunia sebagai tenaga pengajar strategi peperangan dan telah diiktiraf oleh
mereka kerana mempunyai daya fikir yang tinggi, tahap IQ yang unik.
Kembali kepada hikayat asal, hikayat
agung dari mulut semua orang –aku yakin ini sahih- yang menjadi buah mulut
serata dunia, serata pelusuk dunia. Terjadinya peperangan antara rakyat negeri
berkembar iaitu, Negeri Nang Bertinang dan Negeri Koi Bertikoi menentang
barisan pemerintah Kerajaan Atas Awan, bakal terjadi. Hal ini kerana potensi
rakyat negeri berkembar ini untuk menang peperangan kali ini, amat tipis,
malahan SANGAT tipis. Mungkin kerana ada di antara rakyat negeri ini merasakan
diri mereka diperhambakan oleh pemerintah (maksud aku pemerintah Empayar Dua
Dunia) yang selalu menekan, tetapi belum sampai tahap kuku besi, atau lebih
kasar lagi tahap Firaun. Kalau tidak, matilah kita semua. Mati kita. Ada juga
rakyat yang sudah menyedari alasan-alasan retorik, kerana masih tiada apa-apa,
maksudnya masih tidak dapat apa-apa lagi.
“Kita sekarang mengejar bai’ah, kita
kena tekun berusaha untuk mendapat bai’ah tersebut”, kata salah seorang ahli
pemerintah tertinggi Empayar Dua Dunia. Ayat-ayat ini seringkali diulang-ulang.
Kalau hendak muntah, maka telah dimuntahkan segala isi perut, akibat daripada
muaknya mendengar perkara yang sama, berulang-ulang! Muak, mual, itu semua
retorik daripada mereka yang tergila-gilakan kejayaan, sampaikan rakyat
tersiksa, mereka buat tak endah. Ah, mereka bukan peduli pun, asal ada kejayaan
yang diberikan ataupun dicipta oleh rakyat tanah jajahan Empayar Dua Dunia.
Yang salah itu jika tidak memberikan apa-apa sumbangan dalam membangunkan
Empayar ini. Jangan…….jangan wei…..bahaya kalau tak menyumbangkan apa-apa dalam
Empayar ini, takut-takut, diusir pula dari Empayar ini. Empayar Dua Dunia ini
sungguh teguh. Katakanlah kepada sesiapa sahaja walaupun kepada rakyat Kota
Pasir Berdengung sekalipun, pasti mereka kenal. Confirm. Maka, rugilah mereka yang terusir dari Empayar agung ini.
Sangat rugi.
0 comments:
Post a Comment