Monday, 26 December 2011

Ibu......satu dah bangun...............

First sekali....siapa minat baca cerita hantu tengah malam...?Kau!Berani ke?Okay ....ceritanya begini.....



**********Ibu , satu dah bangun.....**********
Diciplak dari kisah nenek merbuk yang terkenal kat asrama sekolah aku.

                Mereka kata , benda ni berlaku akibat tragedi kebakaran sepuluh tahun dahulu di tempat tuh.

************************************************************************************
                Ada sepasang hantu , ibu dan anak perempuannya yang tinggal di dalam sebuah bilik asrama sekolah itu , 302 , iaitu bilik asrama lelaki di mana Ali(bukan nama sebenar) menjadi penghuninya.Pada waktu malam , di dalam bilik 302 , selalu sahaja ada pelajar lelaki yang tidur di dalam bilik itu dikacau.

                Mereka yang dikacau berkata , mereka dapat lihat ‘benda’ tu antara pukul 1.11 pagi hingga 3.33 pagi.Mereka nampak seorang perempuan yang berselubung kehitaman dengan wajah tidak kelihatan , mendukung seorang budak perempuan , dipercayai anaknya , yang wajahnya terbakar.

Pelajar yang selalunya nampak hantu ni adalah mereka yang terbangun nak ke tandas atau masih lagi tidak tidur kerana stay up night(ulangkaji tengah malam bak kata budak2 sekolah aku).Maka pelajar lelaki ini akan terdengar hantu budak itu menyeru , “Ibu , satu dah bangun.........”

Semua cerita ni semacam sebuah lagenda urban kat sekolah tu.Mereka bagi nama kisah ni sebagai ‘Bilik 302 Yang Berpuaka’.
****************************************************
“Eh,aku nak tidur dulu la”,celah adikku yang mendengar ceritaku.

“Sabarla der.........citer lum habis lagi....baru starter.”
****************************************************
Ali menjadi pelajar tingkatan empat yang tidak bernasib baik tahun itu(2012) apabila disuruh tinggal di dalam bilik asrama 302.Dia tinggal bersama Gopal , Ahmad , dan Amin.

“Woi D.H(nama panggilan Amin-Dong Hae- sebab muka dia serupa ngan D.H ni),ko tak rasa lain ke duduk bilik ni?”,kata Ali.

“Tak......kenapa?”

“Yela...bilik ni kan..........”

“.....eh...biar aku cerita kat D.H ni.......”,celah Ahmad.

Ahmad yang mendengar daripada sekumpulan abang senior bagaiman ‘benda itu mengacau’.Dia juga mendengar tentang lagenda kebakaran yang berlaku di mana sepasang ibu dan anak mati dalam kebakaran tersebut.

“Camni cerita dia D.H , dulu tempat ni belum dibeli oleh kerajaan untuk dibangunkan sekolah kita ni.Ada beberapa buah rumah kampung yang terletak betul-betul atas tapak sekolah kita.Ada sebuah rumah di mana sepasang suami isteri tinggal bersama anak diorang yang masih kecil.”,cerita Ahmad.Kemudian dia menyambung kembali setelah mengambil sedikit nafas dan menelan air liur yang bertakung.

“Suami perempuan itu seorang askar , so dia selalu la takde kat rumah.Anak diorang ni suka main nyorok-nyorok dengan jiran yang lain.Diorang suka main nyorok-nyorok.Kadang-kadang budak perempuan ni suka ajak ibu dia main sekali.Budak tu suka menangkap betis ibunya jika dah dapat jumpa dan menggoyang-goyangkan betis ibunya , macam ni(sambil menggoyangkan betis Ali)”

“Wei!Takyah nak goyang betis aku der........”,kata Ali.

“Okay-okay”,Ahmad meneruskan ceritanya.
“Satu hari ni , komunis ‘langgar’ kawasan kampung ni lalu membakar rumah yang ada disitu.Dalam tragedi tu , si ibu dan si anak mati renting di dalam rumah dalam pukul 1.11 pagi hingga 3.33 pagi camtu la”

“Dahla tu , kita sambung cerita esok yer……”,kata Gopal.

“Okay…”

Apabila Ali mendengar cerita ni , dia sentiasa bersedia untuk tidur awal , sudah siap mengulang kaji dan membuat kerja rumah , dan sudah menunaikan ‘hajat’ di tandas asrama.

Pada satu malam , Ali tiba-tiba terjaga.Pundinya tidak dapat menahan.Dia juga terpaksa menuju ke bilik air di luar bilik 302.

Sewaktu Ali baru mengangkat lehernya , dia terlihat suatu lembaga hitam yang duduk di antara katilnya dan katil bertingkat Ahmad dan Gopal.Dia fikir-fikir , siapa pula yang terduduk di tengah bilik pada tengah malam sebegini.

Ali mula berasa cuak , dia cuba mengamati betul-betul lembaga yang duduk di tengah bilik itu.Tiba-tiba , dia terdengar satu suara yang bergema yang datang dari lembaga tersebut menyeru:
“Ibu….satu dah bangun…”

Ali berasa sangat cemas .Kelopak matanya seakan tidak dapat ditutup.Selimutnya tidak dapat dibentang menutup kepalanya.Tangannya kaku dan darahnya seakan terhenti.Sejuk.

Matanya seakan dapat melihat dengan jelas walaupun bilik itu gelap bahawa lembaga itu adalah seorang perempuan yang tidak berwajah sedang mendukung seorang budak perempuan kecil yang rentung keseluruhan wajah dan badannya.

“Betul ke apa yang aku Nampak ni?Ke aku yang mamai ni…….?Tak mungkin lagenda tu betul……Tak mungkin , tak mungkin…”,bisik Ali sambil menggelengkan kepalanya.

Lembaga itu tetap di tengah bilik.Seakan menunggu.Menunggu apa yang akan dilakukan Ali lalumenyusul dengan apa tindakannya nanti.Ia seakan menunggu untuk mencari kelemahan Ali , mahu membahamnya jika Ali tersilap langkah.Perasaan cuak menguasai diri.Dia cuba berfikir secara waras.

Apa yang boleh Ali buat ialah membaca ayat Kursi dan beberapa ayat lain yang diajar oleh ustaznya.Selain itu dia juga terfikir hendak mengatur langkah seribu.Pada mulanya Ali menggeletar juga.Tetapi disebabkan dia aktif bermain ragbi , dia memfokus lalu menghentam pintu biliknya lalu berlari , tidak lagi menoleh ke belakang.

Entah berapa lama Ali berlari.Dia lalu berhenti tercungap-cungap.Degupan jantung yang rancak terasa.Dia memandang kir dan kanannya.Dia telah berada di hadapan bilik 306.Ali terus lega.Tetapi kepalanya mula berfikir siapa yang hendak dikejutnya untuk menumpang tidur sekatil.Dia tidak mahu kembali ke biliknya lagi , 302.

Tiba-tiba dia teringat akan rakannya , Razak yang duduk di bilik 307….bersebelahan bilik 306.Dia memulakan langkah menuju bilik 307.Tiba-tiba kakinya terasa berat.Ia tak dapat bergerak.Ali pelik.Dia tidak faham kenapa.Dia memegang kakinya.

Di betisnya , seorang budak perempuan kecil yang wajahnya sama yang dia nampak sebentar tadi , rentung.Dia mencengkam betis Ali sekuat-kuat hati.

“Ibu di sini , di sini!”

TAMAT




G-Dragon - Crayon [Official Instrumental]


Powered by mp3ye.eu